Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, orng ramai diajak untuk mengikut Siri Sinopsis dan Tadabbur 30 juzuk al-Quran selama 30 secara online di laman sosial Facebook QuranHour setiap 8 pagi.
Kempen ‘Turn Quarantine to QuranTime’ di Facebook QuranHour adalah untuk memanfaatkan masa terluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kata Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusof.
Advertisement

"Sebelum ini kita menganjurkan kempen My #QuranHour Satu Jam bersama al-Quran bermula sejak tahun 2016 sebagai matlamat utama dalam menggerakkan kempen World #QuranHour dan Malaysia #QuranHour.
“Bagaimanapun, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan ini, kita gerakkan kempen ‘Turn Quarantine to QuranTime’ untuk sama-sama mengajak orang ramai berinteraksi dengan al-quran melalui baca, faham dan mengamalkan nilai-nilai murni daripada isi kandungan melalui kupasan sinopsis 30 juzuk al-Quran.

Beliau menambah, QuranTime amat diperlukan sebagai pengisian dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pada masa kini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penyelidik, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail berkata, program pengisian rohani dengan sinopsis dan tadabbur dua juzuk al-Quran setiap hari kepada rakyat di negara ini sepanjang tempoh berkenaan.

“Peluang ‘berkurung di rumah’ boleh dimanfaatkan untuk kita berinteraksi dengan al-Quran. Jika kita diberi kemampuan untuk membaca al-Quran, ia merupakan nikmat besar dan ini merupakan tanda ALLAH SWT sayangkan kita walaupun ujian Covid-19 sedang melanda di seluruh dunia," katanya.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: Sinar Harian