Skip to main content

Advertisement

Berita

Tidak Mempunyai RM 300, Pihak Surau Tolak Untuk Mengurus Jenazah Bayi

Seorang bapa yang sedang kesedihan atas pemergian anaknya telah diarahkan oleh pihak surau untuk kembali ke hospital kerana tidak mempunyai cukup wang untuk membayar kos pengebumian bayinya.

Cerita sedih ini berlaku di Bangi. Lelaki tersebut yang bekerja sebagai pembantu gerai hanya mempunyai RM150 ketika itu, namun kos pengebumian jenazah anaknya menelan belanja RM300. Disebabkan terlalu buntu dia kembali ke hospital.

Advertisement

Menurut laporan Harian Metro, pihak hospital telah menghubungi seorang aktivis Amal Team, Mhd Zulhairi Zainol yang lebih dikenali sebagai Hery bagi memohon bantuan daripadanya. Dengan bantuan Hery, pasangan suami isteri tersebut dapat mengebumikan anak mereka yang dikatakan meninggal kerana dilahirkan tidak cukup bulan.

Hery juga menulis dalam facebooknya bahawa dia hanya menggunakan modal RM 20 untuk mengebumikan jasad bayi tersebut. Dan sangat terkejut apabila dikhabarkan kos pengebumian bayi itu mencecah RM 300.

Sumber: Facebook Zulhairi Zainol

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda