
Foto: Tabung Haji
Advertisement
Lembaga Tabung Haji (TH) mengekalkan Kos dan Bayaran Haji bagi jemaah Muassasah pada RM33,300 seorang untuk musim haji 1447H/2026M, sama seperti tiga tahun sebelumnya, meskipun kos di Tanah Suci meningkat.
TH akan menanggung kira-kira RM210 juta Bantuan Kewangan Haji, membantu jemaah kumpulan B40 dan M40 mengurangkan beban kewangan.
Langkah mengekalkan kos ini dicapai melalui tempahan awal, kontrak penginapan jangka Panjang perjanjian penerbangan lima tahun bagi mengawal inflasi serta ketidaktentuan harga.
TH juga mengekalkan Bantuan Haji bersasar selari dengan konsep istito’ah (kemampuan menunaikan haji).
Surat tawaran kepada 31,600 bakal jemaah akan dikeluarkan mulai 24 Oktober 2025, dan permohonan rayuan dibuka pada 3 November 2025 melalui platform THiJARI.
Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain, berkata kejayaan mengekalkan kos ini mencerminkan komitmen TH dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada jemaah, selaras dengan reputasi Malaysia sebagai pengendali haji terbaik dunia.
Antara kriteria yang diambil kira dalam pemilihan ialah tempoh pendaftaran, umur, baki simpanan di TH dan kekerapan rayuan.
Bakal jemaah perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM15,000, lulus pemeriksaan Kesihatan dan memastikan maklumat peribadi dikemas kini.
Sebagai persiapan rohani dan pengetahuan, TH turut menganjurkan Kursus Asas Haji di lebih 200 masjid seluruh negara bermula 3 Oktober 2025, bagi memastikan bakal jemaah benar-benar bersedia dari segi ilmu dan amalan.
Sumber: Tabung Haji