Dalam era digital, ada banyak kaedah baru digunakan dalam penipuan kewangan. Sebab itulah kita jangan mudah percaya dan terpedaya dengan pelbagai jenis tawaran atau pertandingan tanpa pengesahan yang kukuh.
Oleh itu, orang ramai diminta waspada kaedah baru penipuan kewangan menggunakan konsep pertandingan.
Peserta kononnya diminta hantar maklumat perbankan peribadi kepada penganjur dan pemenang akan dipilih secara rawak.
Justeru Bank Negara Malaysia (BNM) yang mengeluarkan nasihat itu minta orang ramai tidak sewenang-wenangnya kongsi maklumat perbankan peribadi meskipun terdapat logo BNM.
Advertisement

Sumber: Astro Radio News