Skip to main content

Advertisement

Berita

[VIDEO] "Jika Setiap Kerusi Ini Ada Seorang Anak Gaza", Video Plestia Alaqad Yang Buat Dunia Terdiam

[video] jika setiap kerusi ini ada seorang anak gaza: video plestia alaqad yang buat dunia terdiam

Foto: X (@MiddleEastEye)

Advertisement

Seorang wartawan dan penulis Palestin, Plestia Alaqad, sekali lagi menggoncang hati dunia apabila beliau berkongsi sebuah video yang sunyi tetapi menggegar jiwa iaitu rakaman sebuah stadium kosong.

Tiada sorakan. Tiada penonton. Hanya kerusi-kerusi kosong yang seolah-olah memandang kita kembali. Dalam videonya, Plestia meminta kita membayangkan setiap kerusi itu diduduki seorang kanak-kanak, bukan kanak-kanak biasa, tetapi kanak-kanak Palestin yang telah dibunuh dalam pembantaian di Gaza.

 

Lebih 20,000 kanak-kanak telah dibunuh sejak pembantaian bermula, angka yang begitu besar sehingga sukar digambarkan.

Tetapi apabila setiap kerusi stadium itu dipenuhi satu jiwa kecil yang telah hilang, tiba-tiba angka itu menjadi sesuatu yang kita boleh lihat, boleh rasa dan mustahil untuk dilupakan.

Video itu tidak menunjukkan darah. Tidak menunjukkan runtuhan bangunan. Tidak menunjukkan tangisan ibu-ibu yang kehilangan anak. Namun kesunyian stadium itu lebih menyakitkan daripada apa-apa jeritan.

Plestia mengingatkan dunia bahawa kehilangan ini bukan sekadar angka yang bergerak dalam laporan berita atau graf statistik.

Setiap satu daripada 20,000 itu ada nama, ada impian, ada keluarga yang menunggu dan masa depan yang sepatutnya cerah.

Tetapi semua itu direntap, dipadamkan sebelum sempat mereka membesar, bermain, jatuh cinta atau mengenal dunia yang lebih baik.

Dalam video itu, stadium yang kosong terasa menyesakkan kerana ia menggambarkan ruang yang sepatutnya penuh dengan kehidupan, tetapi kini hanya jadi simbol kehilangan besar yang dunia masih gagal hentikan.

Beliau memaksa dunia melihat bahawa genosid ini membunuh generasi, bukan sekadar individu.

Sumber: X (@MiddleEastEye)

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda