Skip to main content

Advertisement

Berita

Kisah Mangsa Terperangkap Di Gua Thailand Bakal Di jadikan Sebuah Filem

kisah mangsa terperangkap di gua thailand bakal di jadikan sebuah filem

Kisah 12 pelajar termasuk seorang jurulatih satu pasukan bola sepak yang berjaya diselamatkan selepas terperangkap selama 17 hari di dalam Gua Tham Luang, Thailand bakal dijadikan sebuah filem.

Advertisement

kisah mangsa terperangkap di gua thailand bakal di jadikan sebuah filem

Wartawan Hollywood menyatakan dari Flix Entertainment, syarikat produksi di sebalik filem God's Not Dead, ingin menghasilkan sebuah cerita disebalik kisah yang sangat hebat yang berlaku baru-baru ini. CEO Pure Flix, Michael Scott, mahu menyanjung dan memberi penghormatan kepada semua yang terlibat dalam misi tersebut

kisah mangsa terperangkap di gua thailand bakal di jadikan sebuah filem

Pada 23 Jun, Kenaikan air meningkat dan memerangkap sejumlah kanak-kanak dan seorang jurulatih di dalam gua, dan pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan mereka pada Selasa lepas. Sarjan Saman Kunan terkorban pada hari jumaat ketika dalam misi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

kisah mangsa terperangkap di gua thailand bakal di jadikan sebuah filem

"Ini bukan sekadar filem, ini tentang menghormati dan menyanjung kepada semua yang terlibat dan termasuk askar yang terkorban" Kata Scott.

kisah mangsa terperangkap di gua thailand bakal di jadikan sebuah filem

Sebagai kajian untuk filem ini, Scott sudah bercakap sebahagian daripada 90 penyelam yang terbabit dalam misi menyelamat ini termasuk beberapa anggota keluarga mangsa.
kisah mangsa terperangkap di gua thailand bakal di jadikan sebuah filem 

Bagi proses praproduksi, Scott akan senaraikan penulis skrip dalam nasa beberapa minggu dan filem ini akan diterbitkan bersama dengan Adam Smith dari Kaos Entertainment.
 
Filem ini dijangka menelan belanja sebanyak AS$30 sehingga AS$60 juta yang menjadi filem paling mahal diterbitkan Pure Flix dan Pinnacle Peak.

Sumber : 9 Gag

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda