Skip to main content

Advertisement

Berita

Pernah Hina Islam Dan Mahukan Masjid Diroboh Namun Akhirnya Memeluk Islam Ketika Menulis Buku Tentang Buruknya Islam

pernah hina islam dan mahukan masjid diroboh namun akhirnya memeluk islam ketika menulis buku tentang buruknya islam

Seorang bekas ahli Parlimen dari Belanda, Joram van Klaveren yang pernah kontroversi akan suaranya yang lantang menghentam agama Islam telah mengejutkan seluruh dunia apabila membuat pengumuman akan beliau sudah memeluk agama Islam.

Advertisement

Klaveren, 40 mengatakan beliau memilih untuk mengucap dua kalimah syahadah ketika beliau dalam proses untuk menyiapkan sebuah buku tentang buruknya Islam dan cuba membuktikan ajaran Islam salah.

Walaubagaimanapun, semakin banyak beliau melakukan kajian tentang agama ini, semakin banyak persoalan-persoalan terjawab. Malah, beliau merasa tenang tatkala beliau dalam proses mencari Tuhan.

"Mengakui kesalahan sendiri bukan perkara yang menyeronokkan. Tetapi dalam proses mencari Tuhan sebelum ini, saya selalu rasa tidak tenang. Rasa itu akhirnya hilang selepas saya mengenali Islam, " kata Klaveren seperti yang dipetik dari portal The Guardian.

Menurut laporan, Klaveren memeluk Islam pada 26 Oktober tahun lalu. Beliau pernah berkata agama Islam sebagai wabak penyakit selain pernah mencadakngkan pemakaian burqa diharamkan dan juga masjid perlu diroboh.

Beliau turut mengakui manuskrip yang ditulisnya itu telah dibuang dan akan diganditkan dengan buku yang mampu membawa imej baik buat agamanya yang terbaru.

Sumber: Astro Awani

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda