
Baru-baru ini, tular mengenai kisah seorang penjual ais krim yang membuat jualannya 'di tengah' lautan di Lian, Filipina telah menyentuh hati dan membuat ramai orang sebak.
Advertisement
Abbey Ann Hernandez kongsikan kisah tersebut di Facebooknya, yang menceritakan mengenai perasaannya tersentuh hati apabila melihat kegigihan seorang lelaki berusia demi mencari 'sesuap nasi' turut dikongsi perasaan yang sama oleh pelayar yang lain.

Menurut beliau, apabila dia melihat lelaki tersebut menjualnya, beliau terus membeli ais krimnya," kongsinya yang turut berkongsi gambar dia memakan ais krim yang dibelinya itu.

Kisah tersebut telah membuat ramai orang tersentuh di media sosial.
"Saya tabik! Semoga Tuhan merahmati awak," ujar Melanie Nerido Grengia.
Sementara itu menurut, Ailyn Ochea dia menyarankan agar orang ramai membeli kesemua ais krimnya.
Manakala menurut Celine Joyce Mandap Dula pula menyatakan," hatinya menangis melihat gambar berkenaan,".

Dalam pada itu menurut, Chin Necia dia mengingatkan orang ramai bahawa masih ramai lagi yang susah di luar sana.
"Apabila anda fikir pekerjaan anda adalah yang paling sukar, fikirkan semula!" katanya.
Sumber - Sinar online