Skip to main content

Advertisement

Berita

Kisah Lelaki Ini Dengan Duit 20 Sen Pasti Buat Anda Sebak

kisah lelaki ini dengan duit 20 sen pasti buat anda sebak

Dalam kita merungut dengan kos sara hidup yang tinggi, sebenarnya masih ramai lagi mereka yang lebih susah daripada kita. Setiap manusia telah ditetapkan rezekinya oleh Allah SWT dan kita perlu sentiasa bersyukur dengan setiap rezeki yang kita perolehi.

Advertisement

Ini kisah seorang lelaki yang sangat menyentuh hati apabila dia menceritakan pegalamnnya berjumpa dengan seorang mak cik ini yang kekurangan duit untuk mengisi minyak. Namun dengan berkat pertolongan serta amalan sedekah dari orang ramai. Walaupun tidaklah sebanyak mana namun nikmatnya sungguh besar kepada yang menerima. Ikuti perkongsian bermanfaat dari Wan Mohd Hafiz ini.

“Rezeki 20 sen”

Semalam, aku di stesen minyak, tgh beratur nak bayar, depan aku ada 3 orang. Depan skali ada makcik, berbaju kurung, pakai pouch bag yg agak lusuh, tgh duk keluar duit. Dia letak sekeping duit 5 ringgit, syilling segadang atas kaunter, kemudian dgn muka serba salah dia cakap dengan pekerja tu, “Dik, kancil pam 4 tu...isi minyak kuning..9 ringgit 80 sen...”.

Pekerja tu hanya memandang slow pada makcik,

“Erm...lg 20 sen xde ke cik?” he seems a bit awkward nk cakap benda ni, maybe serba salah jugak. Makcik just geleng kepala “xde dik...makcik ada tu je.”. Tiba2, out of the blue, mat motor blakang makcik tu letak rm10 yg ada di tangan dia ke kaunter then cakap dgn pekerja tu “Nah, ni 10, campur 9 ringgit 80 sen makcik tu jadi 19.80”, makcik tu seriously shock, muka terharu habis, mat motor tu just senyum like “xpe cik, rezeki lebih, 20 sen sy xde, 10 ringgit sy ada lebih”, she had tears is her eyes..

So aku ingat mcm dah setel but suddenly mamat blakang dorang seluk tangan dlm poket jeans dia keluarkan 20 sen and letak atas kaunter. “Ni 20 sen cukup kan yang x cukup tu”. Then dia amik lg beberapa keping duit from wallet letak atas kaunter “Tambah lg 30 ringgit ni cukupkan 50..minyak kancil 50 boleh tahan lama skit cik...”. Makcik tu couldnt hold back, mata dah berair, she keep on “terima kasih anak..terima kasih anak...syukur ya allah” sambil berjalan ke pam.

It was amazing...beyond miracle..dlm kereta air mata jantan aku berguguran jatuh..mmg hebat aturan ilahi tentang rezeki.

Aku jadi malu, sbb beberapa malam sebelum aku mengadap isteri aku sambil mengadu “Dalam 4 bulan habis ranap 30 ribu..susahnya...rezeki kurang menjadi la nampaknya”. Tapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan pada aku tentang rezeki, malu rasa hati tapi alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yg hebat.

Syukur, terima kasih Allah.

Sumber artikel dari Facebook Wan Mohd Hafiz

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda