Skip to main content

Advertisement

Berita

Kisah Antara Guru Dan Pelajar Ini Pasti Menyentuh Hati Anda

kisah antara guru dan pelajar ini pasti menyentuh hati anda

Guru merupakan antara  insan paling penting dalam kehidupan kita sepanjang bergelar manusia. Setiap guru mesti mempunyai cara yang tersendiri untuk berkorban kepada anak muridnya.
 
Baru-baru ini, tular kisah seorang guru yang berkongsi pengalamannya berdepan dengan seorang murid yang berperangai pelik. Kisah yang dikongsikan menerusi Twitter guru praktikal ini pastinya akan membuat perasaan anda bercampur baur.

Advertisement

Pelajar tersebut dikatakan hanya tenung meja sepanjang kelasnya.

Kisahnya bermula apabila seorang guru praktikal ini mendapat mandat untuk mengajar kelas yang digelar sebagai 4Einstein.
 
Ketika dia mengajar kelas yang dikatakan agak bising itu, terdapat seorang pelajar yang menarik perhatiannya iaitu Yip Kah Shzen.
 
Perilaku pelajar ini boleh dikatakan agak pelik kerana sering senyap, duduk, pandang meja dan tidak bergerak.
 
Pelbagai cara untuk mengubah sifat pemalu Kah Szen antaranya mengubah kedudukan meja, mengenakan denda sekiranya tidak membawa buku dan cuba berinteraksi menggunakan bahasa Mandarin.
 
Namun, itu semua tidak mendatangkan hasil kerana pelajar terbabit masih kekal senyap.
 
“Dia memang tidak bercakap, dia tenung meja saja,” kata murid lain.
 

Mula berinteraksi menggunakan Google Translate

kisah antara guru dan pelajar ini pasti menyentuh hati anda

Plot 'twist' kisah guru ini bermula apabila dia mendapati buku yang diberikan kepada  Kah Szen sebelum ini dipenuhi dengan catatan pembelajaran sehariannya.
 
Guru itu terkejut apabila mendapati buku yang diberikan kepada pelajar terbabit rupanya ditulis hampir setiap patah perkataan yang berada di papan putih.
 
Memang benar, pelajar tersebut menyalin setiap ayat ditulis di hadapan. Setiap ayat!
 
“Selama ini bukan dia enggan buat, rupanya dia tiada bahan. Hampir 80 peratus yang ditanya dia boleh jawab. Dia hanya perlu lebih perhatian,”

kisah antara guru dan pelajar ini pasti menyentuh hati anda

Selepas selesa dengan apa yang dilakukan guru ini, pelajar terbabit dilihat cuba berubah dan mula berinterkasi menerusi WhatsApp.
 
Paling menarik pelajar terbabit berkomunikasi dengan menggunakan Google Translate kerana tidak fasih berbahasa Malaysia.
 

Pada minggu terakhir guru ini mengajar di kelas itu, dia menerima satu hadiah paling bermakna daripada pelajar tersebut.
 
Pada majlis perpisahan atau ‘farewell’ kelas, pelajar itu menghadiahkan satu senyuman buat guru ini.
 
Itu kali pertama dia kelihatan tersenyum selepas hanya berdiam dan tenung meja sepanjang masa. Siapa sangka pelajar yang dulu dikatakan pelik kerana hanya merenung meja kini boleh tersenyum dan bergaul bersama rakan-rakan lain.
 
Menurut guru terbabit, Kah Szen mengajarnya erti kesabaran dalam mendidik. Selain itu pelajar ini juga membuktikan setiap insan mempunyai kelebihan kekurangan.

Sumber - Rojak Daily

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda