Skip to main content

Advertisement

Berita

Dua Lagi Kes Kematian COVID-19 Di Malaysia, Kini Jumlah Kes Kematian Seramai 8 Kes

Dua lagi kes kematian COVID-19 telah dilaporkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, jumlah angka kes kematian di Malaysia kini sudah mencecah 8 kes.

dua lagi kes kematian covid-19 di malaysia, kini jumlah kes kematian seramai 8 kes

Menurut KKM, kes kematian ketujuh melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 57 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Vietnam. Beliau juga ada kontak dengan kes positif COVID-19 dari kluster tabligh.

Advertisement

Beliau telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan meninggal dunia pada 21 Mac 2020.

TERKINI: Dukacita dimaklumkan setakat ini terdapat lapan kematian di Malaysia akibat #COVID19.

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 21, 2020

Kes kematian kelapan pula melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 69 tahun daripada kluster jemaah tabligh. Beliau mengalami gejala demam sejak 12 Mac dan telah dimasukkan ke Hospital Tumpat pada 16 Mac 2020.

Beliau kemudian dipindahkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada 18 Mac. Keadaan kesihatan pesakit tersebut bermula merosot dan kemudian memerlukan bantuan alat pernafasan pada keesokan harinya. Beliau meninggal dunia 21 Mac pada jam 4 petang.

angka kes kematian covid-19 di malaysia sudah mencecah 8 kes

angka kes kematian covid-19 di malaysia sudah mencecah 8 kes

Takziah diucapkan kepada semua keluarga mangsa.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: KKM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda