Skip to main content

Advertisement

Berita

Netizen Tersentuh Hati Melihat Habib Nurmagomedov Mengimamkan Solat

netizen tersentuh hati melihat habib nurmagomedov mengimamkan solat

Khabib Nurmagomedov seorang atlet seni bela diri campuran yang ketika ini menarik perhatian ramai. Bukan sahaja terkenal sebagai atlet MMA namun, gaya hidupnya sebagai seorang Muslim sentiasa diperkatakan oleh peminatnya.

Advertisement

Baru-baru ini, fotonya mengimamkan solat telah menarik perhatian netizen. Gambar tersebut telah dimuat naik oleh pengembara Islam, Dr Waleed Hakim di akaun Facebook-nya.

Dr Waleed menulis, kejayaan yang dicapai bukan dengan haya mencatat rekod 28-0 dalam gelanggang, namun, apa yang paling utama ialah berdiri di hadapan Sang Pencipta dan mengabdikan diri.

“Tidak kira bagaimana kuatnya seseorang itu, sebijak atau semasyhur mana orang melihat anda, apa rekod yang anda pecah, kita semua pada akhirnya akan menjadi seorang yang lemah, dilupakan.

"Namun, apa yang paling utama ialah apa yang akan ditulis oleh malaikat untuk anda. Saya mendoakan kita semua akan mendapat catatan yang baik di tangan kanan pada hari akhirat kelak dan meraih trofi... insya'Allah," tulis Dr Waleed dalam catatan beliau lagi.

Ahad lalu, Khabib berjaya meraih kejuaraan dunia lightweight UFC di Abu Dhabi. Beliau berjaya mempertahakan kejuaraan interim lightweight menerusi submission pada mini 2:06 pusingan ketiga.

Dengan kemenangan tersebut, Khabib berjaya melebarkan rekodnya dengan 28 kemenangan tanpa kalah.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda