Skip to main content

Advertisement

Berita

Khabib Nurmagomedov Tunai Janji Dermakan AS$100,000 Kepada Badan Kebajikan

khabib nurmagomedov tunai janji dermakan as$100,000 kepada badan kebajikan

Baru-baru ini kisahnya menjadi imam telah tular dan menginspirasikan ramai orang. Terkini, juara dunia lightweight UFC sekali lagi membuka mata masyarakat dengan sifatnya yang mulia.

Advertisement

Selepas perlawanan, Khabib ada bertukar baju-t dengan lawannya iaitu Dustin Poirier. Namun, Khabib berjanji untuk menjual baju tersebut dan hasild daripada duit itu, beliau akan menyerahkan kepada badan kebajikan.

Poirier mengesahkan perkara tersebut melalui laman twitternya akan perkara tersebut. Dikhabarkan, baju tersebut berjaya dijual dengan harga AS$100,000 (RM417,230).

Menurut laporan MMA Junkie, wang tersebut telah disalurkan kepada The Good Fight Foundation di mana badan amal tersebut ditubuhkan sendiri oleh Poirier dan isterinya, Jolie.

“Baru sahaja bercakap di telefon dengan (Presiden UFC) Dana White. Dia memaklumkan wang itu telah diserahkan kepada The Good Fight Foundation. Saya sangat bersyukur atas kasih sayang dan sokongan yang diberikan. Terima kasih semua!” katanya dalam tweet tersebut.

Kutipan dana tersebut adalah bertujuan untuk membina perigi air di rumah anak-anak yatim di Uganda. Pada awalnya, mereka menyasarkan AS$25,000. Tetapi, jumlahnya kini sudah melebihi apa yang dijangka.

 

Sumber: Astro Awani


 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda