Skip to main content

Advertisement

Berita

Ketua Peguam Tentera Israel Letak Jawatan Selepas Dedah Bukti Rogol Melibatkan Tahanan Palestin

ketua peguam tentera israel letak jawatan selepas dedah bukti rogol melibatkan tahanan palestinFoto: Astro AWANI

Ketua Peguam Tentera Israel, Yifat Tomer-Yerushalmi dilapor meletakkan jawatan selepas mendedahkan bukti rakaman video menunjukkan kejadian rogol beramai-ramai terhadap seorang tahanan Palestin di pusat tahanan Sde Teiman pada Ogos tahun lalu.

Advertisement

Menurut laporan media tempatan, keputusan beliau untuk berundur dibuat selepas berdepan tekanan politik susulan pendedahan itu. Tomer-Yerushalmi difahamkan tidak bersetuju dengan cubaan pihak tertentu dalam institusi ketenteraan yang didakwa mahu menutup siasatan terhadap jenayah tersebut.

Beliau turut melahirkan kebimbangan mengenai budaya impuniti atau tiada tanggungjawab dalam kalangan anggota tentera Israel yang semakin membimbangkan, terutama apabila melibatkan tahanan Palestin.

Rakaman insiden rogol yang dibocorkan kepada media sekitar pertengahan Ogos 2024 mencetuskan kemarahan ramai dan mendorong gesaan antarabangsa supaya satu siasatan bebas serta telus dijalankan terhadap kes itu. Beberapa pertubuhan hak asasi manusia juga menuntut agar perlindungan diberikan kepada saksi dan pemberi maklumat yang membantu siasatan.

Setakat ini, pihak tentera belum mengumumkan pengganti bagi jawatan yang ditinggalkan Tomer-Yerushalmi, namun kerajaan Israel dilaporkan sedang meneliti calon yang sesuai untuk menggantikan beliau dalam masa terdekat.

Sumber: Astro AWANI

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda