Dukacita memaklumkan terdapat satu lagi kes kematian pesakit COVID-19 di Malaysia.
Kes kematian keempat melibatkan pesakit ke-238 yang merupakan warganegara Malaysia berumur 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.
Advertisement
Beliau telah dimasukkan ke Hospital Melaka pada 12 Mac lalu dan diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima.
Beliau adalah daripada kluster jemaah tabligh. Beliau dimasukkan ke Hsptl Melaka pada 12 Mac.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 21, 2020
Beliau diberikan bantuan mesin pernafasan pada hari kelima. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 jam 10.30pagi
Menurut KKM, kesihatan Allahyarham merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 21 Mac 2020 pada jam 10.30 pagi.
Setakat ini, jumlah keseluruh pesakit COVID-19 di Malaysia adalah 1,183.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM