Skip to main content

Advertisement

Berita

Kepentingan Memenuhkan Saf

kepentingan memenuhkan saf

Sebelum mendirikan solat berjemaah, perbuatan yang harus dituntut dan dilakukan adalah meluruskan dan memenuhkan saf. Terdapat banyak hadis yang menyatakan kelebihan memenuhkan saf. Perbuatan ini juga termasuk dalam perkara yang sunat dilakukan sebelum menunaikan solat.

Advertisement

Sebelum solat berjemaah didirikan, baginda Nabi Muhammad SAW sentiasa memastikan saf para sahabat yang solat bersama berada dalam keadaan yang sempurna. Perkara yang amat penting yang para imam harus menitikberatkan adalah meluruskan saf sebelum mendirikan solat.

Menurut Riwayat Muslim (433) “Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam kesempurnaan solat.” Menurut Aun al-Ma’bud pula, sesiapa yang menyambungkan saf, Allah akan menyambungnya dengan rahmat-Nya. Dan sesiapa yang memotong saf iaitu orang tidak memenuhi ruang atau menghalang ruang saf daripada menyambungkannya, Allah juga akan memotongnya daripada rahmat Allah dan penjagaan-Nya yang sempurna.

Justeru, pentingnya meluruskan saf dan berdasarkan hadis, ternyata bahawa amat pentingnya solat berjemaah dan banyak kelebihan ada padanya. Ayuhlah sama-sama melazimi perkara yang mulia dalam kehidupan seharian supaya mendapat ganjaran dan rahmat yang ditetapkan oleh Illahi.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda