
Seorang lelaki yang berusia lingkungan 60-an sedang menghias bilik mandinya tiba-tiba tergelincir dari tangga. Akibatnya, kepala lelaki tersebut telah tersangkut di anatara celahan tangga.
Advertisement
Ketika pasukan perubatan menemuinya, dia telah tersekat pada tangga tersebut lebih lima hari. Namun, nasibnya baik kerana dia masih sedarkan diri. Cuma, bahagian kepalanya sedikit bengkak dan lelaki itu mengalami dehidrasi yang teruk.
Kejadian tersebut berlaku di kediaman lelaki tersebut di Mattaincourt berhampiran Epinal, Perancis. Dia ditemui oleh ahli keluarganya yang melawat lelaki itu terus dibawa ke hospital untuk mendapat rawatan susulan.
Jadi, selepas ini pastikan anda tidak keseorang ketika melakukan kerja-kerja berat yang merbahaya. Minta bantuan rakan-rakan untuk menemani anda saat melakukaan aktiviti tersebut.