Skip to main content

Advertisement

Berita

Kenapa Arak Disebut Sebagai Penyakit, Bukan Penawar?

kenapa arak disebut sebagai penyakit, bukan penawar?Foto sekadar hiasan

Arak bukan sekadar minuman memabukkan, ia adalah racun yang menyerang otak, tubuh dan akal manusia. Islam mengharamkan arak bukan kerana mahu menyekat keseronokan, tetapi untuk melindungi manusia daripada mudarat yang pasti.

Advertisement

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 219:

⁠“Pada arak dan judi ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”

Rasulullah SAW juga menegaskan:

⁠“Sesungguhnya arak itu bukanlah penawar, tetapi penyakit.”

⁠(Riwayat Muslim, al-Tirmizi dan Ahmad)

Bagaimana Alkohol Merosakkan Otak

Apabila diminum, alkohol akan diserap ke dalam darah dan terus menuju ke otak. Ia bertindak pada tiga reseptor utama — Dopamine, GABA dan Glutamate.

1.⁠ ⁠Dopamine

Memberi rasa gembira dan “reward” sementara, membuatkan peminum berasa tenang dan euforia. Inilah punca utama ketagihan, kerana otak “belajar” untuk mencari keseronokan yang sama berulang kali.

2.⁠ ⁠GABA dan Glutamate

Sebaliknya, dua reseptor ini memberi kesan penekanan (depressant) pada sistem saraf. Semakin tinggi kadar alkohol, semakin banyak fungsi otak yang ‘dimatikan’ sedikit demi sedikit.

kenapa arak disebut sebagai penyakit, bukan penawar?Foto sekadar hiasan

Tahap Kehilangan Kawalan Akibat Alkohol

•⁠  ⁠0.07 – 0.09% BAC: Gangguan kecil pada pertuturan, memori, imbangan dan reaksi.

•⁠  ⁠0.125%: Semua fungsi di atas semakin terjejas.

•⁠  0.13 – 0.15%: Hilang koordinasi motor, pandangan kabur, gelisah dan tidak tenteram.

•⁠  ⁠0.25%: Semua keupayaan mental lumpuh – hilang akal, hilang kawalan diri.

•⁠  ⁠0.30% ke atas: Koma, stupor dan boleh membawa maut.

Bayangkan individu dalam keadaan ini memegang stereng kereta dan memandu di jalan raya. Risiko bukan sahaja pada dirinya, tetapi juga kepada nyawa orang lain.

Bila Hilang Akal, Hilang Kelayakan

Orang mabuk bukan sekadar bahaya di jalan raya, mereka tidak layak mengurus apa-apa urusan kehidupan. Dalam keadaan akal tidak waras, sebarang keputusan, tindakan atau tanggungjawab yang dibuat tidak lagi berpaksikan rasional.

Inilah sebab Islam menegaskan bahawa arak ialah “ibu segala maksiat” kerana apabila akal hilang, batas dosa turut lenyap.

kenapa arak disebut sebagai penyakit, bukan penawar?Foto sekadar hiasan

Fakta Sains & Statistik WHO

•⁠  ⁠Setiap tahun, lebih 3 juta kematian di dunia berpunca daripada alkohol.

•⁠  ⁠5.3% kematian global dan 5.1% beban penyakit dunia dikaitkan dengan arak.

•⁠ 13.5% kematian bagi individu berusia 20–39 tahun berpunca daripada pengambilan alkohol.

Kesimpulan

Arak bukan penawar, tetapi penyakit yang menyerang tubuh dan jiwa. Ia merosakkan sistem saraf, menumpulkan akal, dan membuka pintu kepada maksiat dan kemusnahan sosial.

Islam melarang arak bukan kerana ia tidak menyeronokkan, tetapi kerana setiap titisnya membawa kerosakan.

Firman dan sabda Nabi SAW bukan sekadar nasihat rohani, tetapi peringatan saintifik yang terbukti benar sepanjang zaman.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah, Facebook

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda