Skip to main content

Advertisement

Berita

Kenali Riak Zaman Moden Di Laman Sosial Yang Sering Dilakukan

kenali riak zaman moden di laman sosial yang sering dilakukan

Sumber dari Taebeng.com

Advertisement

Dalam kita tidak sedar, untuk anda yang mempunyai laman sosial dan sering memuat naik gambar pasti tidak perasan ada beberapa perkara riak yang anda lakukan dalam kehidupan ini sebenarnya. Check it out sama ada perkara-perkara di bawah ini ada atau tidak antara anda yang pernah melakukannya:

kenali riak zaman moden di laman sosial yang sering dilakukan

1. Check In di Tempat Mewah

Lumrah zaman sekarang kalau pergi keman-mana mesti nak check in lokasi yang mereka berada. Ada jenis sesetengan orang ini jika dimasukkan ke hospital swasta yang berlatar belakangkan KLCC tak sah kalau tak tunjuk pemandangan yang ada. Al-maklumlah semua orang tahu yang hospital tersebut mahal dan hanya orang 'ada-ada' sahaja yang mampu ke sana. 

kenali riak zaman moden di laman sosial yang sering dilakukan

2. Muat Naik Foto Di Dalam Rumah

Kadangkala ada yang tak perasan, niat di hati nak tunjuk kebahagiaan keluarga di dalam rumah bersama anak-anak dan keluarga tapi ada juga yang berniat nak tunjuk segala yang ada di rumah contohnya sofa, tv, perabot, hiasan dalaman dan lain-lain lagi. Al-maklumlah kalau nak tunggu orang datang entah bila agaknya.

kenali riak zaman moden di laman sosial yang sering dilakukan3. Berdoa di Laman Sosial

Rasanya ramai yang pernah lakukan perkara ini. Kalau scroll newsfeed tu mesti ramai yang pernah nampak ada status doa dari rakan-rakan mereka. Tak pun ada yang sering mengucapkan rasa syukur atas rezeki yang melimpah ruah dengan harapan orang ramai tahu yang anda seebenarnya tengah kaya dan mewah diwaktu itu. Jangan begitu, apa kata ucapkan rasa ikhlas dan bersyukur dengan terus sujud atas tikar sejadah kepada Allah S.W.T. Itu lebih afdhal. 

kenali riak zaman moden di laman sosial yang sering dilakukan

4. Ambil Gambar Dalam Kereta Ketika Kesesakan Jalan Raya

Mesti ramai yang pernah melihat gambar macam di atas ni. Niat di hati konon nak bagitahu yang tengah tersekat dalam kesesakan jalan raya tapi secara zahirnya yang orang di luar sana nampak, anda nak menonjolkan jenama kereta, jam tangan atau minuman yang dipegang. Sebagai contoh macam dalam gambar di atas ni.

kenali riak zaman moden di laman sosial yang sering dilakukan5. Muat Naik Gambar Barangan Shopping

Ok yang ni mesti ramai yang pernah buat. Kalau kat kapsyen tulis 'Penatnya hari ini, seharian berjalan di kompleks membeli-belah cuma dapat beli ini je',...Ada juga yang akan tunjuk segala barangan yang dibeli di laman sosial dengan iat biar semua orang tahu diri ini mampu untuk beli apa sahaja di luar sana. Hmm..Jangan begitu..Kawal sikit apa yang nak dimuat naik di laman sosial, jangan sampai ada yang mengata.

kenali riak zaman moden di laman sosial yang sering dilakukan

6. Muat Naik Foto Bersama Pasangan atau Anak-Anak Setiap Hari

Kalau yang jenis macam ini pula, 24 jam akan muat naik foto bersama pasangan atau bersama anak-anak dengan kapsyen yang pelbagai ibaratnya mereka sahaja yang ada pasangan yang dicintai atau ada anak-anak yang di sayangi.

kenali riak zaman moden di laman sosial yang sering dilakukan7. Selfie Riak

Kalau hari kebiasaan, pasti kongsi selfie muncung itik atau tangkap gambar sendiri dengan kapsyen yang kadangkala nak buat orang memuji diri anda tu. Kalau dalam bulan Ramadan, paling berleluasa gambar bertelekung dengan hashtag #DoneTerawih . Hurmm..Kadangkala fikir lah dahulu sebelum muat naik sesuatu gambar itu, jangan sangka niat biasa tapi orang lain anggap anda riak sebenarnya.

Dalam Al-Quran, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

“Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al Maun : ayat 4-6)

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264, Allah SWT berfirman maksudnya :

“Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak manusia.”

Jauhilah dari bersifat riak di laman sosial. Lakukan segalanya dengan ikhlas dan mendapat keredhaan dari Allah SWT hendaknya.

Dengarkan Zayan menerusi online di dengar.zayan.my

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda