Skip to main content

Advertisement

Berita

KEMUNGKINAN STESEN ANGKASA CHINA TIANGONG-1 JATUH DI MALAYSIA ADALAH RENDAH

KUALA LUMPUR – 16 November 2017 – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Agensi Angkasa Negara  (ANGKASA)  ingin memaklumkan bahawa kemungkinan Stesen Angkasa China Tiangong-1 jatuh di Malaysia adalah sangat rendah. Menurut Dr. Noordin Ahmad, Ketua Pengarah, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA),berdasarkan kiraan, luas kawasan yang dirangkumi 43 darjah utara hingga ke 43 darjah selatan ini, melibatkan  banyak negara lain di dunia termasuk Malaysia, dan mempunyai keluasan anggaran kira-kira 347 860 000 km persegi. Selain dari Malaysia khususnya Kuala Lumpur kawasan ini turut meliputi Singapura (1.35 darjah utara), Sydney, Australia (33.86 darjah selatan), Florida, Amerika (27.66 darjah utara) dan Beijing, China (39.90 darjah utara).

kemungkinan stesen angkasa  china tiangong-1 jatuh di malaysia adalah  rendah

Rajah di atas menunjukkan orbit Tiangong-1.

Advertisement

Tambah beliau lagi ,mengambil kira Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berkeluasan 243.65 kilometer persegi, kebarangkalian untuk Kuala Lumpur menjadi tempat jatuhnya serpihan ini adalah kecil iaitu kira-kira 0.0000699% sahaja. Kebarangkalian untuk Malaysia pula hanyalah 0.09 % setelah mengambil kira keluasan keseluruhan seluas 329 960.22 kilometer persegi. Data keluasan ini diperolehi daripada sumber data.gov.my dan Jabatan Penerangan Malaysia”.

Berdasarkan nota pihak China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kebanyakan komponen dan struktur daripada Tiangong-1 akan musnah terbakar semasa pergeseran dengan atmosfera dan kebarangkalian untuk serpihan ini mendatangkan kerosakan terhadap aktiviti di bumi termasuk penerbangan adalah sangat rendah. Nota bertarikh 4 Mei 2017 ini dengan nombor rujukan AC.105/1150 boleh dirujuk lanjut pada laman sesawang United Nation of Outer Space Affair (UNOOSA). Melalui nota ini juga, China memaklumkan bahawa aktiviti pemantauan dan ramalan akan ditingkatkan dan ramalan masa re-entry akan disiarkan. Maklumat lanjut jua akan diperolehi daripada Inter-Agency Space Debris Coordination Committee dan status orbit dan sebarang maklumat berkaitan akan disiarkan pada laman sesawang http://www.cmse.gov.cn/. Ramalan akhir berkenaan masa dan tempat jatuhnya Tiangong-1 akan dimaklumkan oleh pihak China untuk perhaitan UNOOSA dan Setiausaha Agung PBB.

Penyusutan stesen Angkasa Tiangong-1 ini sedang diperhatikan dan dipantau secara teliti oleh pelbagai agensi angkasa seperti ESA, NASA, JAXA dan CNSA. ANGKASA yang mempunyai hubungan rapat dengan agensi–agensi ini juga sentiasa memantau perkembangan ini dari masa ke masa. Bagi tempoh jangkaan jatuh ini, ANGKASA akan membuat pemantauan harian altitud Tiangong-1 dan akan membuat pemakluman lanjut kepada awam apabila diperlukan.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi:

Wan Hakimah binti Abd. Rahim

Pegawai Perhubungan Awam

Unit Komunikasi Korporat Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

Info untuk rujukan :-

  1. Tiangong-1 adalah stesen angkasa milik China yang telah dilancarkan pada 29 September 2011 dari Jiuquan Satellite Launch Centre. Semenjak itu terdapat 3 misi ke stesen angkasa tersebut iaitu Shenzhou-8, Shenzhou-9 dan Shenzhou-10 dan melalui misi ini, angkasawan wanita pertama, Liu Yang dilancarkan ke stesen angkasa ini pada misi Shenzhou-9.
  2. Pada 14 September 2016, Penolong Pengarah di China Manned Space Engineering (CMSE), Wu Ping mengumumkan bahawa stesen angkasa ini akan jatuh ke atmosfera bumi pada penghujung 2017 selepas misi selama 6 tahun. Berdasarkan kiraan awal pihak China kebanyakan bahagian stesen angkasa ini akan terbakar di atmosfera bumi  dan tidak akan memberi kesan terhadap aktiviti penerbangan dan kerosakan di permukaan bumi. Tiangong-1 sedang dalam pemerhatian pihak China dan sebarang ramalan terhadap pergerakan stesen angkasa ini akan dilaporkan untuk makluman masyarakat antarabangsa.
  3. Kejadian terkini serpihan angkasa jatuh ke bumi yang direkodkan adalah di Oddanchatram, India pada November 2016 yang melibatkan komponen roket pelancar satelit LARES. Kejadian terdekat adalah di Bangkok, Thailand pada 13 Januari 2005 melibatkan serpihan daripada roket pelancar Delta II untuk pelancaran satelit GPS-IIR-6.
  4. Kiraan luas kawasan berpotensi menggunakan perisian Matlab area = areaquad(43,-180,-43,180, 'earth','km')area = 3.4786e+08
  5. http://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/keluasan-sempadan-greater-kuala-lumpur-klang-valley
  6. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/profil-malaysia/4-geografi.html
  7. http://www.unoosa.org/res/oosadoc/data/documents/2017/aac_105/aac_1051150_0_html/AC105_1150E.pdf

42700 Banting, Selangor

Tel: 03-31824042 /019-2881877 Faks: 03-31811324

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda