Seorang maut dan dua cedera ekoran kemalangan yang melibatkan kereta terbabas dan terhumban ke dalam longkang pagi tadi di Taman Tangling Indahm Simpang Ampat, Nibong Tebal.

“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan yang terbabas dan terjatuh ke dalam longkang. Terdapat tiga mangsa iaitu seorang di tempat pemandu manakala dua lagi di tempat penumpang bahagian depan dan belakang.”
Advertisement
“Dua mangsa (penumpang) berjaya keluar menyelamatkan diri manakala seorang lagi (pemandu) tersepit dalam kenderaan itu,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4:00 pagi itu telah melibatkan tiga lelaki yang menjadi mangsa terperangkap di dalam kereta jenis Honda City.
Bagaimanapun, mangsa tersepit telah pun disahkan meninggal dunia usai sahaja dikeluarkan dari kenderaan terbabit.
Dua lagi mangsa yang mengalami cedera ringan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Sumber Berita ALHIJRAH