
Sambutan hari lahir Fazura mendapat perhatian ramai dan apa yang menarik, keluarga Fattah Amin kelihatan turut hadir untuk memeriahkan sambutan kelahiran Fazura. Dan apabila ditanya tentang hubungan baik keluarganya dengan Fazura, ini komen yang diberikan oleh Fattah.
Advertisement
“Sebenarnya sudah beberapa kali Fazura berjumpa dengan keluarga saya dan terbaharu malam ini (semalam). Setakat ini keluarga saya terutama ibu tiada masalah dan menerima Fazura dengan baik. Malah saya juga ada berjumpa keluarga Fazura dalam satu pertemuan dengan kelab peminat sebelum ini”
“Keluarga kami masing-masing menerima dengan baik. Hubungan kami baik itu sahaja boleh saya beritahu. Saya tahu ramai peminat mahu kami bersama, namun saya hanya menerima sahaja doa yang baik daripada mereka. Selebihnya saya berserah kepada jodoh,” jelasnya kepada Astro Gempak.
Majlis yang cukup meriah berlangsung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) semalam, memperlihatkan ‘love birds’ itu manis mengenakan gaun merah jambu dan Fattah pula berkemeja putih. Memang banyak aksi-aksi manis hingga ke tahap potong kaki semalam, kelab peminat Fattzura juga turut hadir menyokong selebriti kesayangan mereka.