Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) telah mengeluarkan notis kepada 39 wanita yang berpakaian tidak sopan baru-baru ini. Mereka menerima notis untuk hadir ke sesi khidmat nasihat. Operasi tersebut dijalankan di sekitar bazar Ramadan di Kelantan.
Dua orang menerima notis yang sama kerana perbuatan tidak sopan yakni tidak berpuasa. Selain itu, pihak JAHEAIK turut memberi nasihat secara lisan kepada 8 individu terhadap kesalahan berpakaian tidak sopan.
Advertisement
Berdasarkan kenyataan Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan Undang-undang Syariah) JAHEAIK, Mohd Fadzuli mohd Zain, terdapat 70 orang penguatkuasa terdiri daripada pelbagai agenda seperti Majlis Perbandaran kota Bharu-Bandar Raya Islam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) terbabit dalam operasi tersebut.
Sumber: Salaam