Skip to main content

Advertisement

Berita

Kelab Bola Sepak Turki Naikkan Tifo Masjid Al-Aqsa Dan Saladin

kelab bola sepak turki naikkan tifo masjid al-aqsa dan saladin

Penyokong kelab Turki, Konyaspor (atau nama komersil mereka, Atiker Konyaspor) baru sahaja memenangi hati kami.

Advertisement

Dalam perlawanan Turkish Super League menentang pasukan gergasi Istanbul, Fenerbahce, penyokong tuan rumah menaikkan tifo gergasi yang memaparkan imej Masjid al-Aqsa, Handala yang memegang bendera Turki dan Palestin, Salahuddin al-Ayubi (juga dikenali sebagai Saladin) dan kain rentang yang bertulis mesej: “Baitulmaqdis menunggu Saladin yang baru.”

Koreografi penyokong Konyaspor ini adalah bersempena dengan keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Keputusan ini mengundang kecaman dan bantahan daripada 128 ahli Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN), termasuklah Malaysia dan Turki.

Dalam perlawanan itu juga, penyokong Konyaspor turut menjemput Mohamed al-Taweel, remaja berusi 14 tahun yang mempunyai sindrom Down, yang pernah ditangkap oleh Israel Defence Forces (IDF) di Tebing Barat kerana melakukan protes terhadap keputusan Donald Trump itu.

Perlawanan berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.

Sumber - semuanyabola.com

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda