Skip to main content

Advertisement

Berita

Wanita Ini Bangun Semula Dari Koma Selepas 27 Tahun

ibu koma selama 27 tahun, anak setia disisi ibu biar apa pun yang terjadi

Seorang wanita yang pernah terlibat dalam satu kemalangan pada tahun 1991, Munira Abdullah, akhirnya telah bangun dari koma.

Advertisement

Kejadian yang penuh magical ini mengejutkan banyak pihak termasuklah mereka yang pakar dalam bidang perubatan.

Munira terlibat dalam kemalangan ketika mengambil anaknya dari sekolah. Tiba-tiba, malang tidak berbau kerana kereta yang dipandunya berlanggar dengan sebuah bas sekolah. Munira mengalami kecederaan yang teruk pada bahagian otak yang menyebabkan dia koma.

Anaknya, Omar berjaya keluar dari kemalangan tersebut dengan luka-luka yang kecil pada bahagian kepala kerana dia dilindungi oleh emaknya.

Doktor melihat keadaan Munira dan menyatakan dia tidak akan bangun lagi. Namun, anaknya percaya dan yakin bahawa ibunya akan bangun suatu hari nanti.

Akhirnya, selepas 27 tahun wanita ini membuka matanya dan lebih mengejutkan dia menyebut nama anaknya.

Sepanjang 27 tahun itu, Omar sentiasa berada di sisi ibunya sehinggakan dia tidak berjaya diterima di mana-mana tempat untuk berkerja.

“Saya tak pernah menyesal dengan keadaan saya sekarang. Saya percaya, kerana sokogan saya, Tuhan selamatkan saya daripada masalah yang besar. Katanya Omar.

Sumber; India Today

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda