
Makin indah dan bertambah manis senyuman jika seseorang itu mempunyai lesung pipit. Ternyata lesung pipit ini merupakan satu jenis kecacatan yang unik pada otot wajah muka dan diwarisi oleh genetik. Ini antara fakta menarik dan kelebihan lesung pipit.
- Hanya 20% Manusia Yang Memilikinya
Advertisement
Statistik manusia di dunia ini yang memiliki lesung pipit hanya 20% menurut laporan oleh The Daily Health Gen. Lesung pipit adalah kecacatan otot di wajah muka yang sering dicemburui oleh ramai orang yang tidak memilikinya. Jadi, sesiapa yang memiliki “kecacatan” ini merupakan seorang yang sangat unik dan bertuah.
- Ramai Mudah Tertarik Dengannya
Dengan adanya lesung pipit, ia menambahkan lagi daya tarikan seseorang itu. Senyuman makin menawan dan akan sentiasa kelihatan asli walaupun jika mereka dipaksa untuk senyum.
- Akan Kelihatan Lebih Muda
Kelebihan lesung pipit ini akan membuat seseorang itu kelihatan lebih muda walaupun mereka semakin berusia. Ini juga telah dibuktikan oleh para saintis.
- Menyebarkan Aura Keceriaan
Oleh kerana lesung pipit yang menambahkan daya tarikan anda, orang sekeliling akan turut terpengaruh dengan aura keceriaan yang disebarkan. Setiap kali anda tersenyum, orang sekeliling akan sentiasa terpegun dan tertawan dengan senyuman manis anda.
- Boleh Mencipta Lesung Pipit
Ini fakta yang sangat menarik, alat yang pertama untuk mencipta lesung pipit ini diperkenalkan pada tahun 1936. Tetapi menurut The American Medical Association, jika menggunakan alat tersebut pada jangka masa yang lama, sebenarnya boleh menyebabkan kanser. Zaman pemodenan sekarang ini, ramai yang membuat pembedahan plastik untuk mendapatkan kecantikan unik ini.
- Lesung Pipit Boleh Pudar
Ramai sebenarnya tidak tahu bahawa lesung pipit boleh pudar dan hilang begitu saja mengikut otot wajah muka anda. Walaupun anda dilahirkan dengan lesung pipit, namun tak semestinya anda akan memilikinya seumur hidup. Faktor yang boleh menjadikan lesung pipit anda semakin kurang kelihatan adalah penambahan berat badan.
Sumber: Pesona Pengantin