Foto: Tangkap layar Threads
Dalam dunia sukan, kemenangan sering dirayakan dengan glamor tapi bagaimana jika salah seorang pemain tersebut tidak minum alkohol kerana kepercayaan agama?
Advertisement
Inilah yang berlaku ketika Australia memenangi Ashes 2021–22, dan Usman Khawaja menjadi tumpuan bukan kerana aksi di padang, tetapi kerana satu momen penuh hormat daripada kaptennya, Pat Cummins.
Sebagai seorang Muslim, Khawaja tidak meminum alkohol demi hormati tuntutan agamanya. Selepas kemenangan, ketika pasukan mula menyembur champagne di podium, Khawaja secara semula jadi menjauh untuk mengelak terkena semburan itu.
Menyedari keadaan, Cummins membuat satu tindakan yang luar biasa dimana dia mengarahkan rakan sepasukan menghentikan semburan dan meletakkan botol champagne ke tepi supaya Khawaja boleh kembali menyertai pasukan untuk sesi bergambar.
Tindakan kecil Cummins itu dipuji ramai peminat dan pengulas sebagai contoh kepimpinan inklusif dan menghormati perbezaan kepercayaan dalam pasukan.
Tahun berikutnya, ketika Australia menjuarai World Test Championship (WTC), Khawaja sekali lagi menyampaikan mesej yang sama, tetapi kali ini dengan sentuhan humor.
Ketika pasukan meraikan kemenangan, Khawaja mengambil Diet Coke sebagai ganti champagne, menegaskan bahawa perayaan boleh disesuaikan tanpa menjejaskan semangat.
Kisahnya juga menimbulkan kontroversi apabila tokoh politik Britain, Nigel Farage, mempersoalkan mengapa tradisi champagne tidak diteruskan. Khawaja membalas dengan selamba:
“Celebrating with a Diet Coke! Some old heads call it Un‑Australian. I call it the new Australians. A game for all!”
Momen-momen ini bukan sekadar tentang minuman, tetapi simbol inklusiviti, hormat-menghormati, dan penerimaan dalam sukan. Khawaja, dengan kehadirannya, membuktikan bahawa kejayaan dan tradisi boleh disambut tanpa mengabaikan kepercayaan atau nilai seseorang.
Dalam dunia cricket yang sering dipenuhi aksi dramatik di padang, kisah Khawaja dan Cummins menunjukkan bahawa kesepakatan dan hormat antara rakan sepasukan kadang-kadang lebih berkesan daripada gol atau wicket.
Sumber: Threads