Skip to main content

Advertisement

Berita

Kapal Terbang Hybrid Tawarkan Tiket Lebih Rendah

Syarikat bagi Kapal terbang Hibrid ini dikenali sebagai Zunum Aero iaitu syarikat dibawah kelolaan Boeing dan JetBlue. Kapal terbang hibrid ini sememangnya akan menarik perhatian para traveler kerana menawarkan tiket penerbangan yang murah keranan pengurangan pengunaan bahan api.

Paling mengejutkan kapal terbang hybrid ini juga dikatakan mampu memendekkan tempoh perjalanan sehingga 50% serta bunyi yang dihasilkan melalui kapal terbang hybrid juga dikatakan 80% lebih rendah berbanding kapal terbang biasa. Boleh dikatakan penggunaan kapal terbang hibrid ini lebih cepat, senyap dan menjimatkan kos.

Advertisement

Zunum Aero dikatakan baru sahaja mengeluarkan kapal terbang prototaip mereka yang menyertakan 12 tempat duduk buat para penumbang. Kapal terbang hibrid ini dijangka dilancarkan pada  2022 sebelum syarikat penerbangan lain mendapatkannya daripada syarikat Boeing.

kapal terbang hybrid tawarkan tiket lebih rendah

kapal terbang hybrid tawarkan tiket lebih rendah

Sumber - The Vocket

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda