Skip to main content

Advertisement

Berita

Kanak-Kanak Umur 13 Tahun Yang Berasal Dari malaysia Menyentuh Hati Netizen Di Lapangan Terbang Phuket

kanak-kanak umur 13 tahun yang berasal dari malaysia menyentuh hati netizen di lapangan terbang phuket

Seorang kanak – kanak berusia 13 tahun bernama Sean Tee memberi inspirasi kepada masyarakat dengan membantu orang yang tidak dikenali tanpa diminta. 

Advertisement

Tindakan mulia kanak – kanak ini dikongsikan dalam laman sosial dan mendapat lebih seribu perkongsian  oleh orang yang menerima bantuannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Phuket.

Pengurus IBEX Global Philippines Ady Sacol yang berada di dalam kapal terbang bersama Sean Tee yang menuju ke Kuala Lumpur dari Phuket.

Menurut Sacol, Tee terlibat dengan sebuah pertandingan bola keranjang di Phuket dan terpaksa berangkat ke Malaysia kerana atuknya meninggal dunia.

“Seen Tee duduk disebelah saya di balai ketibaan dan dia melihat saya di atas kerusi roda dengan kaki yang berbalut yang masih mempunyai kesan darah.”

“Sean bertanya : Awak lapar ke? Bagitahu saya awak nak makan apa? Dan saya cuba nak mengambil bag duit saya tapiu Sean berkeras untuk membelanjakannya."

Sacol juga menceritakan Tee tidak meninggalkan dia bersendirian dan menemani dia sambal memikul beg seberat 15kg daripada gate 4 sehingga 14 dengan anggaran 15 minit berjalan kaki.

Sesudah tiba di KLIA 2, tiada kerusi roda untuk digunakan dan tanpa diminta Tee mengambil troli lalu meminta Sacol duduk dan dia menolak sehingga ke kaunter imigresen dan mereka terpisah disitu.

Namun tanpa diduga kanak – kanak tersebut menunggunya diluar kaunter imigresen dengan membawa minuman jus untuk dirinya. Tee hanya meninggalkanya selepas driver Sacol sampai untuk menjemputnya.

Menurut Sacol, kanak – kanak tersebut merupakan harta yang sangat bernilai untuk keluarga dan rakannya. Dan kenangan tersebut akan diabadikan sepanjang hayatnya. 

Sumber : www.nst.com.my

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda