Kematian di tanah suci merupakan sebuah impian bagi setiap umat Islam. Terdapat pelbagai kelebihan sekiranya seseorang itu menghembuskan nafas terakhirnya di tanah haram.
Menurut Syeikh al-Mubarakfuri, ia merupakan salah satu galakan untuk tinggal menetap di Madinah sehingga tiba waktu kematiannya yang kemudiannya dikebumikan di Perkuburan Baqi’ sekiranya mampu untuk melakukan demikian. (Rujuk Tuhfat al-Ahwazi: hadith no. 3917)
Advertisement

Antara perkara yang dicemburui apabila permintaan Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul yang baru berusia 4 tahun menjadi kenyataan apabila kanak-kanak itu menghembuskan nafas terakhir di Madinah.
Menurut bapa kanak-kanak itu, Nur Alesha yang juga anak keduanya itu berkata hendak menetap di tanah suci ketika mereka sekeluarga tiba di sebuah hotel sebelum mengerjakan umrah pada 5 Februari lalu.
Bapa kepada Nur Alesha, Mohamad Amirul Zulkafly menyifatkan arwah anaknya sangat bertuah kerana urusan sepanjang rawatan di hospital dipermudahkan, tambahan pula turut berpeluang dikebumikan di Jannatul Baqi’.