
Peserta Tahfiz Muda Nurul mengakui kagum dengan keperibadian yang ada pada penghibur nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Nurul atau nama sebenarnya Nurul Syazliana Ayob, 10, berkata, dia menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola untuk meraih kejayaan pada masa depan.
"Saya amat mengagumi bakat yang ada pada Siti Nurhaliza dengan pelbagai pencapaian yang diperoleh dalam dirinya.
"Dia juga merupakan seorang selebriti dan wanita yang luar biasa dan saya menyimpan impian untuk menjadi seperti Siti Nurhaliza.
"Saya juga ada alasan tersendiri kenapa menjadikan Siti Nurhaliza sebagai idola. Saya juga berharap suatu hari nanti saya dapat membanggakan ibu dan ayah dengan kejayaan,"
Seramai 12 peserta cilik telah dipilih untuk menyertai program Tahfiz Muda musim kedua terbitan Astro Oasis.
Tahfiz Muda 2017 akan diadili sepenuhnya oleh empat orang juri iaitu Ustaz PU Hafiz, Ustaz Don Daniyal sebagai ‘Hakim Munabbih (Hafazan) dan Ustazah Sharifah sebagai ‘Hakim Tilawah & Taranum’ serta Ustaz Zambri sebagai ‘Hakim Tajwid’.
Manakala Iman Muda Asyraf diberi tanggungjawab sebagai pengacara dan Elfira Loy akan menggalas tugas Pengacara Rehal.
Advertisement
Sumber - Astro Gempak