Skip to main content

Advertisement

Berita

Trauma Jangka Panjang, Kanak-Kanak GISBH Akan Dikembalikan Ke Pangkuan Keluarga

Pendirian kerajaan adalah untuk mengembalikan kanak-kanak GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) ke pangkuan ibu bapa dan keluarga mereka.

trauma jangka panjang, kanak-kanak gisbh akan dikembalikan ke pangkuan keluarga

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, perkara itu antara yang menjadi keutamaan kerajaan

Advertisement

Menurut beliau, ia merupakan pendekatan kerajaan bagi memastikan kanak-kanak terbabit tidak terabai serta dapat menjalani kehidupan normal.

“Pemantauan perkembangan kanak-kanak berkenaan secara berkala menerusi penglibatan dan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain pakar pedagogi, psikologi dan akidah akan diteruskan.

“Mengambil kira kesan trauma jangka panjang kanak-kanak, kerajaan juga melaksana modul rehabilitasi GISBH, merangkumi pemulihan akidah, kaunseling, kenegaraan, pendidikan dan latihan kemahiran.

“Kerjasama komuniti setempat dan badan bukan kerajaan (NGO) juga perlu dilibatkan untuk mewujudkan sokongan sosial yang kukuh untuk kanak-kanak berkenaan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Sumber: Kosmo Online
 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda