
Selepas kejayaan mengangkat tulisan jawi ke satu tahap yang lebih tinggi melalui segmen Mawi, ZAYAN terus merancang untuk membawa seni warisan negara yang lain pula.
Advertisement
Bersempena musim kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal tiba, ZAYAN akan menganjurkan Hari Kain Pelikat pada setiap hari Jumaat. Pada hari ini, personaliti radio ZAYAN bagi segmen Salam Bros akan mengendalikan rancangan mereka dengan memakai kain pelikat.
Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor berkata, ini adalah salah satu inisiatif ZAYAN bagi mengangkat warisan dan khazanah negara yang semakin terpinggir.
“Selepas kejayaan Mawi Jawi, kami berasa berbesar hati untuk mengadakan kempen seterusnya yang berkaitan dengan warisan melayu. Memandangkan kain pelikat antara warisan negara yang tinggi nilainya, jadi sangat sesuailah untuk kami menganjurkan Hari Kain Pelikat.” Katanya.
Sebelum ini, segmen Mawi Jawi mendapat perhatian ramai serta diberi penghargaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka atas usaha untuk mengekalkan khazanah negara. Diharapkan inisiatif ZAYAN untuk mengadakan Hari Kain Pelikat akan mendapat sokongan daripada pelbagai bangsa dan seluruh rakyat Malaysia sebagai usaha untuk membawa khazanah warisan ini ke tahap yang lebih tinggi.
Jika anda mahu melihat bagaimana Mawi dan Anas mengendalikan Salam Bros dengan memakai kain sarung, jangan lupa untuk ikuti kemaskini secara langsung melalui semua media sosial ZAYAN kelak.
Anda juga boleh menyertai kempen ini dengan memuat naik gambar atau video memakai kain sarung pada semua laman sosial anda dan jangan lupa hashtag #ZAYANSarong