Skip to main content

Advertisement

Berita

Kain Kafan RM999 Undang Pelbagai Reaksi, Mufti dan Pendakwah Tampil Beri Penjelasan

kain kafan rm999 undang pelbagai reaksi, mufti dan pendakwah tampil beri penjelasanFoto: Tangkap layar TikTok

Tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang usahawan wanita membeli set kain kafan berharga RM999 daripada pereka fesyen terkenal, sekali gus mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.

Advertisement

Ramai mempersoalkan kewajaran harga tersebut, selain menyifatkannya sebagai keterlaluan dan bercanggah dengan konsep kesederhanaan dalam Islam.

Isu berkenaan turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail, yang mengingatkan umat Islam agar tidak berlebih-lebihan dalam urusan berkaitan kematian.

Beliau memetik hadis Rasulullah SAW yang menegaskan supaya kain kafan tidak dipilih secara melampau kerana ia akan cepat rosak selepas dikebumikan.

 

@ustazelyasismail Macam2 ragam manusia di akhir zaman ini ya .. @DozeeHQ #fyp #ustazelyasismail #kainkafan @DATO SABUN ♬ Zikir Taubat Piano - aberbotaque

 

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Ustaz Elyas menerangkan Nabi SAW bersabda:

“Jangan melampau dalam bab harga kain kafan kerana dia akan musnah dengan segera dan cepat rosak dan kegunaannya tidak lama. Dikebumikan dan kemudian kain itu (kafan) akan rosak.” (Riwayat Imam Abu Daud)

“Kain kafan itu tidak dipakai lama, malah akan hancur. Jadi tidak perlu dibeli dengan harga yang terlalu mahal,” katanya, sambil menambah wang tersebut lebih baik disalurkan kepada sedekah atau membantu golongan memerlukan.

Sementara itu, Pensyarah Fiqh dan Fatwa Kontemporari Universiti Kebangsaan Malaysia, Datuk Dr Mohd Izhar Ariff, menjelaskan bahawa dari sudut hukum, tiada larangan khusus untuk membeli kain kafan yang mahal.

Namun katanya, penilaian hukum bergantung kepada niat dan cara perkara itu dilakukan.

“Jika dibeli untuk kegunaan sendiri, tidak ditunjuk-tunjuk dan dirahsiakan, maka ia adalah harus. Tetapi jika dikongsi secara terbuka sehingga menimbulkan unsur riak atau promosi, ia boleh jatuh kepada makruh atau haram,” jelas beliau.

 

 

Pandangan senada turut disuarakan oleh Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, yang menegaskan bahawa kemuliaan seseorang di sisi Allah SWT tidak diukur melalui harga kain kafan atau jenama barangan yang digunakan selepas kematian.

“Membazir untuk perkara seperti ini tidak mendatangkan apa-apa kelebihan di akhirat. Yang lebih utama ialah amal kebajikan dan persediaan rohani,” katanya.

Secara keseluruhan, para agamawan berpandangan bahawa isu kain kafan mahal ini wajar dilihat secara berhikmah.

Walaupun tidak salah dari sudut hukum jika memenuhi syarat tertentu, masyarakat diingatkan agar tidak menjadikan perkara tersebut sebagai simbol status atau bahan tontonan umum, sebaliknya memberi keutamaan kepada amalan yang lebih memberi manfaat dan pahala berpanjangan.

Sumber: TikTok, Instagram

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda