Skip to main content

Advertisement

Berita

Kadar Zakat Fitrah 2018 Bagi Setiap Negeri Di Malaysia

 

kadar zakat fitrah 2018 bagi setiap negeri di malaysia

BILAKAH ZAKAT FITRAH BOLEH MULA DIBAYAR?

Kita boleh mengeluarkan zakat fitrah seawal masuknya malam Ramadhan pertama hinggalah sebelum solat sunat Hari Raya Aidil Fitri.

Advertisement

Walaupun waktu yang paling elok adalah sebelum solat Hari Raya Aidil Fitri, namun dikhuatiri ada yang terlupa atau mungkin sedikit sibuk pada waktu tersebut.

DI MANA ZAKAT FITRAH PATUT DIBAYAR?

Berbeza dengan zakat harta yang lebih afdal ditunaikan di tempat kita mencari rezeki, zakat fitrah boleh dijelaskan di mana-mana baik di kampung atau di bandar tempat kita bekerja.

Seeloknya, zakat disalurkan melalui amil yang diiktiraf oleh Pusat Zakat Negeri walaupun tidak ada larangan oleh mana-mana 4 imam mazhab bagi mereka yang ingin membayar fitrah terus kepada penerima tanpa melalui amil. Namun, melalui amil kita dapat mewujudkan sistem zakat yang lebih sistematik dan adil. Apapun, yang penting zakat fitrah itu ditunaikan.

JANGAN SAMPAI TERLEWAT!

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda