Skip to main content

Advertisement

Berita

Cipta Sejarah Sebagai Jurukimpal Wanita Pertama Malaysia, Gadis 22 Tahun Ini Jadi Perhatian Netizen

cipta sejarah sebagai jurukimpal wanita pertama malaysia, gadis 22 tahun ini jadi perhatian netizen

Gadis dari Perak yang dikenali sebagai Nurizzati Athirah menjadi perhatian apabila menerima pengiktirafan sebagai wanita pertama yang menjadi jurukimpal di Malaysia.

Advertisement

Beliau yang berusia 22 tahun itu memulakan kariernya sebagai jurukimpal professional dalam air semenjak tahun 2018 selepas mengikuti kursus kimpalan dalam air di Kolej Vokasional Taiping pada tahun 2013.

Athirah merupakan pelaajr wanita tunggal yang mengikuti kursus tersebut namun berasa sangat seronok menyertai bidang ini dalam usia yang muda.

“Saya seronok pada usia muda menceburi bidang ini, kita seharusnya pandang ke depan.

“Selagi sihat tubuh badan dan kalau betul-betul minat (kimpalan dalam air) tidak salah untuk mencuba”, ujarnya kepada Bernama.

Bagi sesiapa yang masih belum tahu, pendapatan seorang jurukimpal professional boleh mencecah RM 218,00 setahun,. Jadi, secara puratanya seorang jurukimpal boleh meraih RM 18,000 sebulan.
 

Sumber: Gempak

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda