Skip to main content

Advertisement

Berita

150 Kes Positif COVID-19 Baharu Dan 7 Lagi Kes Kematian Dicatat

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat 150 kes baharu dilaporkan setakat ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia sebanyak 2,470 kes.

Dukacita dimaklumkan bahawa kes kematian bertambah sebanyak 7 kematian. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat wabak COVID-19 di Malaysia setakat ini sebanyak 34 kes.

  1. Kes kematian ke-28 (kes ke-2321), wanita tempatan 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
  2. Kes kematian ke-29 (kes ke-2123) wanita tempatan 64 tahun. Latar belakang penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi.
  3. Kes kematian ke-30 (kes ke-2322) merupakan lelaki tempatan berumur 76 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
  4. Kes kematian ke-31 (kes ke-2323) merupakan lelaki tempatan berumur 27 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang.
  5. Kes kematian ke-32 (kes ke-1239) lelaki tempatan berumur 50 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.
  6. Kes kematian ke-33 (kes ke-1249) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 37 tahun. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negara India.
  7. Kes kematian ke-34 (kes ke-787) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 77 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi.

Advertisement

7 lagi kes kematian covid-19 dicatat, jumlah keseluruhan kini 34 kes di malaysia

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: KKM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda