Skip to main content

Advertisement

Berita

Jumlah Kes Keseluruhan Pesakit Sembuh Di Malaysia Kini 183

Sebanyak 106 kes baharu positif COVID-19 telah dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia setakat ini. Menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di Malaysia kini seramai 1,624 orang.

106 kes baharu covid-19 dicatat, jumlah kes keseluruhan di malaysia kini 1,624

Daripada 106 kes tersebut, 43 daripadanya merupakan daripada kluster perhimpunan jemaah tabligh di Sri Petaling. 63 kes lagi adalah berkaitan dengan kluster lain-lain dan masih lagi dalam siasatan untuk mendapat kepastian.

Advertisement

Namun, 24 lagi pesakit positif COVID-19 telah pulih dan discaj hospital, menjadikan jumlah keseluruhan pesakit sembuh di Malaysia seramai 183 pesakit.

Ringkasan #COVIDー19 di Malaysia setakat 24 Mac 2020. pic.twitter.com/tfrrNLYJh7

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 24, 2020

Kes kematian akibat COVID-19 di Malaysia setakat ini ialah 15 kes. 10 daripadanya merupakan kluster tabligh manakala yang selebihnya mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: KKM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda