Skip to main content

Advertisement

Berita

Seorang Lagi Pesakit COVID-19 Meninggal Dunia, Jumlah Kes Kematian Di Malaysia Kini 3

Dukacita dimaklumkan seorang lagi pesakit COVID-19 di Malaysia telah meninggal dunia hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak tiga orang.

Pesakit kes ke-152 ini adalah melibatkan warganegara Malaysia berusia 58 tahun, daripada kluster kes tabligh, meninggal dunia di Hospital Tawau pada jam 6.27 petang ini (20 Mac 2020).

Advertisement

satu lagi kematian telah dilaporkan di malaysia, jumlah kini 3 kes

Pesakit dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 dengan mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau kemudiannya diberi bantuan mesin pernafasan sebelum dimasukkan ke ICU pada hari yang sama.

Dukacita dimaklumkan seorang lagi pesakit #COVID19 telah meninggal dunia.

Pesakit kes ke-152 lelaki warga tempatan 58thn dari kluster kes tabligh meninggal dunia di Hospital Tawau jam 6.27 petang ini.

Ini menjadikan 3 kematian di Malaysia setakat ini.

— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 20, 2020

Kes ini menjadikan jumlah kematian di Malaysia akibat COVID-19 sebanyak 3 kes.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: KKM

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda