Skip to main content

Advertisement

Berita

Jual martabak RM5 sejak 2007

Seorang peniaga martabak di bazar Ramadan Lurah Semantan masih mengekalkan harga RM5 sekeping sejak 2007 hingga kini.

Shaari Ali berumur 54 tahun menyatakan bahawa biarpun ramai peniaga sudah menjual hingga mencecah RM7 sekeping, dia memilih mengekalkan harga tersebut tanpa mengurangkan saiz atau inti martabaknya.

Advertisement

Bagi Shaari, keberkatan Ramadan itu selain ingin bersedekah menjadi hasrat utamanya untuk terus memberikan yang terbaik buat pengunjung.

71679802782_bazarRamadanLurah.jpeg

Setakat ini sebanyak 150 keping berjaya dijual setiap hari dan berharap situasi itu berterusan selepas lebih 20 tahun berniaga di bazar tersebut setiap tahun.

Ramai pelanggan Shaari mengakui harga martabak yang berpatutan itu menjadi asbab daya tarikan untuk membeli selain dapat berjimat.

 

 

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda