Skip to main content

Advertisement

Berita

Pemuda Ini Jual Isi Durian Tanpa Kulit Dengan Harga RM 25 Satu Kilogram

pemuda ini jual isi durian tanpa kulit dengan harga rm 25 satu kilogram

Seorang pemuda dari Sintok menarik perhatian warga internet apabila dia menjual buah durian tanpa kulit. Gerainya yang terletak di Batu 15, Jalan Sintok turut menjadi tumpuan penggemar buah tersebut.

Advertisement

Pemuda yang berumur 30 tahun dan dikenali sebagai Mohd Izzuwan Ismail itu hanya menjual isi durian yang elok sahaja bagi menjaga dan menjamin kepuasan pelanggannya.

“Saya mendapatkan durian daripada pemilik kebun durian dan bukan semua isi buah itu elok kerana ada buah yang sedikit berlubang dan buruk dan tidak boleh dijual kepada pelanggan.

“Jadi saya cuba menjual ulas isinya tanpa kulit dengan mengambil hanya isi yang elok sahaja dan diletakkan di dalam bekas sebelum dijual pada harga RM25 sekilogram,” katanya seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA

Dengan cara ini, dia berjaya menjual lebih 200 biji durian setiap hari. Selain daripada isi durian, dia juga turut menjual buah durian secara biji pada harga RM8 hingga RM25 sekilogram mengikut jenis durian. Antara durian yang dijual ialah Udang Merah, D29 dan durian kampung.

Izzuan juga berkata seandainya pelanggan membeli buah yang buruk, mereka boleh memulangkan semua buah tersebut malah digantikan dengan buah yang baru.

Sebelum ini, kisah Mohd Izzuan yang menjual buah durian tanpa kulit ditularkan di laman sosial oleh seorang pelanggannya dan sejak itu gerainya yang mula dibuka pukul 10 pagi dikunjungi orang ramai.

“Selalunya saya akan berniaga dari 10 pagi hingga 5 petang, tapi selepas tular pada Ahad lepas, semalam (Isnin) durian sudah habis dijual pada pukul 2 petang,” kata anak kedua daripada lapan beradik itu.

Sumber: BERNAMA

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda