
Hujung minggu ni apa kata korang cuba masak lempeng tapi ala-ala pankek ni kat rumah.. senang aje cara penyediaannya tau! Jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat lempeng ni:
Advertisement
Bahan-bahan:
- Sediakan 3 senduk tepung gandum
- 1 biji telur
- 1 sudu kecil mauripan
- sedikit garam dan 2-3 cawan air.. ( pastikan adunan tak cair dan tak pekat sangat okay! )
Cara penyediaan :
Korang kacau sebati kesemua bahan kat atas ni dan bairkan adunanlebih kurang dalam 1 jam . Kemudian korang masak macam lempeng biasa okay..
Kata Kaseh Sery, perkongsian ini merupakan resipi turun temurun keluarganya.. jadi kalau korang nak cuba , boleh lah buat kat rumah ya! Nak cicah pakai sambal tumis atau susu pekat terpulang pada korang okay!
Kredit : Kaseh Sery/ abangterlajaklaris