
Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa sekolah akan ditutup seandainya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Jerebu melebihi paras 200 mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.
Advertisement
Bukan itu sahaja, seandainya bacaan melebihi 100 segala aktiviti luar kelas perlu dihentikan serta merta.
Buat masa ini (setakat jam 9 pagi) terdapat satu kawasan melebihi IPU 100 iaitu di Johan Setia, Klang dengan bacaan IPU 104 dan dikategorikan sebagai tahap tidak sihat. 64 kawasan pula mempunyai bacaan IPU pada tahap sederhana.
Kawasan lain dengan bacaan IPU tinggi iaitu NIlai, Negeri Sembilan (89) Cheras, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan bacaan yang sama iaitu 85.
Selain itu, JAS turut mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka dan juga memantau dengan lebih ketat serta rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka melalui darat dan juga drone.
Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini memaklumkan bahawa negara ini bakal berdepan dengan pencemaran udara atau jerebu disebabkan oleh kebakaran hutan yang berlaku di Sumatera, Indonesia.
Sumber: Sinar Harian