Dipetik daripada Shanghaiist, seorang wanita dilaporkan tidak boleh menggerakkan jarinya selepas dikatakan asyik bermain dengan telefon bimbit sepanjang hari.

Wanita yang tidak mahu namanya dikenali berkata, beliau mengambil cuti seminggu daripada berkerja, hanya untuk bermain dengan telefon bimbitnya.
Advertisement

Dilaporkan juga, beliau bermain dengan telefon bimbitnya sepanjang hari sepanjang cuti seminggu itu, hingga menyebabkan jarinya menjadi sakit, mengakitbatkan ia berada dalam keadaan pelik.
Pemeriksaan awal doktor mendapati, dia menghidap penyakit tenosynovitis, iaitu radang pada sambungan jari, akibat daripada tekanan yang dikenakan berulang kali.
Sumber: Shanghaiist