Skip to main content

Advertisement

Berita

Jangan Panik Kalau Ular Masuk Rumah, Ini Nasihat Dari Pihak Bomba

Musim hujan ketika ini bukan sahaja boleh menyebabkan banjir kilat dibeberapa kawasan rendah, malah ia juga mengundang kehadiran haiwan berbisa seperti ular.

musim ular masuk rumah, jangan panik, ini nasihat dari bomba

Ketika ini, ular akan keluar dari sarangnya untuk mencari tempat perlindungan seperti dalam rak kasut, dapur dan mana-mana lokasi persembunyian tanpa kita sedar.

Advertisement

musim ular masuk rumah, jangan panik, ini nasihat dari bomba

Justeru, bagi mengelakkan anda dan keluarga daripada menjadi mangsa kepada reptilia ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerusi satu kiriman di laman facebook rasmi mereka telah berkongsikan tentang cara yang betul untuk mengendalikan haiwan berbisa.

Anda diingatkan untuk tidak:

1. Cuba untuk menangkap ular jika tiada kemahiran.

2. Cuba untuk mencederakan dan menghalau ular dengan peralatan.

3. Cuba menghalau menggunakan peralatan.

Apa yang anda perlu lakukan?

1. Hubungi 999 demi mendapatkan bantuan .

2. Memerhatikan gerak geri dan arah ular bergerak.

3. Tutup pintu dan tingkap bagi mengelakkan ular keluar.

4. Arahkan ahli keluarga atau penghuni rumah untuk segera keluar.

5. Kurangkan bergerak dihadapan ular.

6. Kenalpasti jenis ular, panjang, warna serta corak dibadanya.

7. Berikan maklumat yang tepat kepada pasukan penyelamat.

musim ular masuk rumah, jangan panik, ini nasihat dari bomba

Sumber : Jabatan Bomba dan Penyelamat 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda