Skip to main content

Advertisement

Berita

"Jangan Ditanya Bila Nak Kahwin Lagi, Saya Tidak Memerlukan Pengganti"

jangan ditanya bila nak kahwin lagi, saya tidak memerlukan pengganti

Ajal, jodoh dan rezeki itu memang sudah tertulis untuk kita, kita sebagai hambanya haruslah sentiasa redha dengan ketentuan ilahi kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan kerana rancangan Nya lebih hebat dari rancangan kita. 

Advertisement

Begitu jugalah kisah tentang lelaki yang kehilangan isterinya ini, bila sering ditanya tentang pengganti ini jawapan dari hati jejaka ini. Apa pun kami doakan yang terbaik untuk En Kamal Effendi. Allah dah tetapkan yang terbaik untuk setiap hambanya. 

Letih menjawab soal jodoh seolah itu sahaja yang gayanya seorang duda meletakkan fikirannya.

Isteri saya itu, datang dalam hidup saya tiada saya benar mencari. Segalanya kerja Tuhan. Saya sejujurnya hanya berdoa dan membaikki apa yang ada pada saya sendiri sebagai seorang muslimin.

Tidak pernah meletak pengharapan pada seorang muslimat, jauh sekali membayangkan diri sendiri akan menjadi seorang suami.

Allah datangkan, mungkin melalui doa isteri, dan doa sendiri yang terkadang sepi benar mahu mengenal erti mencintai, dan dicintai. Dari hari pertama mengenali, sehingga usai akadnya kami, Allah senangkan kami. Mungkin kerana agama dipertaruhkan oleh kami, Allah sudi memandang sisi agar kami disatukan dan diberkati.

Hari pertama bergelar suami, hari pertama mula mencintai. Nikmat satu demi satu Allah beri. Cinta, indah, begitu indah antara suami isteri. Antara perkara yang paling saya rindui. Seolah hari-hari ada syurga menanti bila beristeri. Tempat meluahkan kasih, menabur jasa dan membina barakah agar hidup diredhai.

Apakan daya, yang indah tak selamanya bersemi. Yang paling abadi itu, agama itu sendiri. Terasa seolah syurgawi yang selama ini dibina, ranap dipukul ombak ganas, ditinggal tak bertali.

Katanya lelaki, haruslah menjadi sebagaimana lelaki. Simpan sedihnya, terus mencari pengganti. Tapi itu bukan janji saya pada diri. Saya tidak memerlukan pengganti. Datanglah jodoh mungkin kemari, sebagai dirinya sendiri. Bukan pengganti, bukan bayangan arwah isteri.

Saya khuatir dengan diri sendiri, oleh itu saya masih lagi tidak mencari. Cukuplah seperti sebelum ini, doa sahaja saya titipkan andai itu yang ditulis Illahi, jodoh saya ada lagi.

Sekian nukilan, jangan ditanya; bila nak kahwin lagi?

Kredit : Kamal Effendi

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda