Skip to main content

Advertisement

Berita

Dibuka Mulai Hari Ini, Jambatan Angkat Terengganu Sedia Terima Pengunjung

dibuka mulai hari ini, jambatan angkat terengganu sedia terima pengunjung

Mercu tanda dan tarikan pelancong terbaru, Jambatan Angkat (Drawbridge) Kuala Terengganu akan dibukakan kepada orang awam mulai jam 6.00 pagi tadi.

Advertisement

Semua jenis kenderaan dibenarkan menggunakan jambatan ini namun mereka tidak dibenarkan untuk berhenti di atas jambatan tersebut bagi melancarkan lalu lintas.

Para pengunjung dinasihatkan supaya memarkir kereta mereka di kawasan parker yang tela disediakan iaitu di bawah jambatan dan menggunakan tangga atau lif untuk ke atas jambatan.

Jambatan angkat pertama di Asia Tenggara sepanjang 638 meter itu mula dibuka  kepada orang awam untuk percubaan pada 2 hingga 17 Jun lalu.

Jambatan bernilai RM248 juta itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir.

Sumber: Astro Awani

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda