Skip to main content

Advertisement

Berita

Jaga pemakanan ketika puasa Ramadan

Berlapar dan menahan dahaga sehingga 12 hingga 15 jam adalah sinonim dengan amalan berpuasa di bulan Ramadan iaitu Rukun Islam ketiga, yang wajib dilaksanakan bagi setiap penganut agama Islam.

Bagaimanapun, mereka yang mempunyai masalah paras gula tinggi dalam darah dan Penyakit Refluks Gastroesophageal (GERD), seperti diabetes (kencing manis) dan gastrik mungkin berasa sukar untuk menjalani ibadah ini kerana mereka perlu makan selang masa yang tetap.

Advertisement

Pakar Perunding Endokrinologi dan Diabetes Hospital Pakar KPJ Damansara 2 , Dr Sharifah Faradila Wan Muhammad Hatta berkata, pesakit yang mempunyai masalah kesihatan terutama diabetes boleh dikecualikan daripada berpuasa.

Untitled-2.png

JENIS DIABETES

Menurut Dr Sharifah Faradila, secara purata di Malaysia, seorang daripada lima orang dewasa menghidap diabetes.

Beliau menjelaskan, diabetes mempunyai tiga jenis iaitu jenis 1, jenis 2, dan gestational diabetes, yang berlaku dalam kalangan sesetengah ibu mengandung.

1) Kronik, lazimnya didiagnos dalam kalangan kanak-kanak dan remaja yang mana pankreas tidak mampu menghasilkan insulin atau hanya boleh menghasilkan jumlah yang terhad.

2) Diabetes paling biasa dalam kalangan rakyat Malaysia dengan 90 peratus pesakit berusia 18 hingga lebih 90 tahun. Ini berlaku apabila tubuh resistensi insulin atau tidak boleh menghasilkan insulin yang mencukupi.

3) Gestational diabetes berlaku apabila tubuh tidak mampu menghasilkan insulin yang mencukupi ketika seseorang wanita hamil.

MENGAMBIL UBAT KETIKA BERPUASA

Dr Sharifah Faradila menasihatkan pesakit yang mengambil insulin perlu diarah untuk mengawal sendiri paras glukos dalam darah dan membuat sendiri pindaan dos insulin berdasarkan sasaran glukos sebelum masuk bulan Ramadan.

 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda