Skip to main content

Advertisement

Berita

Duta Norway, Sepanyol, Ireland dimarahi Israel kerana iktiraf Palestin

duta norway, sepanyol, ireland dimarahi israel kerana iktiraf palestin

TEL AVIV: Kementerian luar Israel menegur duta Norway, Sepanyol dan Ireland berikutan keputusan kerajaan ketiga-tiga negara itu mengiktiraf negara Palestin.

Advertisement

Ketiga-tiga duta itu telah dipanggil ke kementerian dan ditunjukkan video pejuang Hamas menangkap lima askar wanita semasa serangan 7 Oktober tahun lalu yang mencetuskan perang ke atas Gaza.

"Keputusan putar belit kerajaan anda adalah hadiah kepada Hamas," kata Kementerian Luar Israel yang memetik teguran Ketua Pengarahnya, Yaakov Blitshtein.

Blitshtein turut membidas mereka dengan menyebut: "Hamas mengucapkan tahniah kepada anda."

Dalam masa sama, Blitshtein juga memberi amaran bahawa sokongan pengiktirafan ke atas Palestin itu akan meninggalkan kesan tambahan terhadap hubungan diplomatik Israel dengan tiga negara Eropah itu. - Al Jazeera

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda