Skip to main content

Advertisement

Berita

Pakar menyatakan Israel Kalah Dalam Operasi Perang Psikologi

Menurut Felo Operasi Psikologi, Israel dilihat gagal dalam operasi psikologi dan perang saraf komunikasinya dalam perang Palestine-Israel.  

1.png

Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) ; algoritma dan elemen-elemen kemanusiaan yang tercetus hasil dari pembangunan aplikasi telah memberi tekanan langsung kesuluruan kepada Israel.  

Advertisement

"Apabila berlaku kebangkitan aplikasi media sosial yang lebih berciri individu, lebih dekat kepada masyarakat, maka perkongsian di media sosial ini telah mencetuskan algoritma yang di luar jangkaan Israel, dan akhirnya (Israel) terperangkap. 

"TikTok telah menjadi elemen signifikan dalam peperangan Gaza dan Israel serta perkongsian di TikTok ini telah melangkaui jangkaan yang besar. Kerana disini berlaku tekanan dan memberi salah satu bentuk penumpuan ataupun bias, kepada elemen-elemen perjuangan dan kemanusian Hamas, dan Palestin," ujarnya ketika ditemu bual dalam program AWANI Pagi pada Rabu.  

Tekanan ini juga termasuklah penyebaran imej dan visual kekejaman Israel yang langsung tiada nilai kemanusiaan dalam konflik ini sekali gus menerima kecaman global termasuk masyarakat di negara barat yang mengutuk kekejaman yang mereka lakukan. 

"Algoritma-algoritma ini telah membuak dan di sinilah berlaku satu perkara yang mungkin tidak pernah berlaku sebelum ini, demonstrasi besar-besaran di seluruh dunia yang dikongsikan di media sosial. 

"Hingga kita lihat negara kuasa-kuasa besar seperti di Britain, walaupun Perdana Menterinya menyokong Israel tapi rakyatnya menyatakan ini bukan pendirian mereka mereka," katanya.  

Sumber : Sinar Harian 

ZAYAN Destinasi Nasyid Anda